MUAT-TURUN APLIKASI BEONE PREPAID SEKARANG
Download BeONE Prepaid App Now

1. Semak baki kredit/data
2. Tambah-nilai Kredit
3. Maklumat & Langganan Pelan


Panduan Asas Pengguna



Muat-turun Aplikasi BeONE Prepaid di Google PlayStore atau Apple AppStore. (klik butang diatas untuk muat-turun aplikasi)


CARA AKTIFKAN SIM

1. Buka Aplikasi BeONE dan klik butang 'Activate SIM'

2. Pilih sama-ada nak kekalkan nombor lama(Port-in Existing Number) atau daftar nombor baru (Register New Number). Untuk kekalkan nombor lama anda memerlukan simkad MNP.

3. Kemudian Scan QR yang diberikan oleh Penaja anda atau yang disertakan pada sampul.

4. Scan Kod Bar yang ada pada Simkad.

5. Pilih jenis Pengenalan Diri dan Scan IC anda.

6. Ambil gambar wajah anda (Owner Selfie) di dalam bulatan yang disediakan..

7. Pendaftaran Selesai.

Setelah pendaftaran berjaya, sila 'explore' semua butang navigasi yang ada di dalam Aplikasi BeONE Prepaid agar anda akan lebih mahir dalam penggunaannya.

KOD SMS MNP(Mobile Number PortOut)
Sila rujuk format untuk reply SMS yang diberikan oleh donor asal, dan sila pastikan anda membalas SMS yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan. Kegagalan anda membalas SMS dengan format yang atau pada masa yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda ditolak.


RESUBMIT MNP
Jika anda terlupa reply SMS atau selepas 24 jam tiada apa-apa respon dari donor asal, anda boleh membuat semakan dengan membuka aplikasi BeONE dan klik pada Port-in status.

Masukkan No.Tel & No.IC anda, kemudian tekan butang Check Status. Jika permohonan ada gagal, sila rujuk sebab penolakan dari donor asal, selesaikan dahulu masalah yang menjadi penyebab penolakan sebelum anda resubmit permohonan.

Simkad BeONE menawarkan pelan permulaan dengan harga serendah RM10 sebulan. Ianya menjadi pilihan untuk mereka yang kurang menggunakan data, pelajar serta mereka yang telah ada wifi di rumah tetapi masih memerlukan talian ketika berada di luar. Selain dari itu BeONE Prepaid juga menyediakan pelbagai pakej pelan ULTRAJIMAT yang menyediakan data internet pantas tanpa sekatan sehingga 130GB dengan harga yang serendah RM30.

JENIS SIMKAD
Sehingga catatan ini dibuat, BeONE mempunyai 2 jenis iaitu Simkad Bernombor dan Simkad MNP (digunakan untuk sim gantian atau untuk mengekalkan no.lama)

MENU USSD
Semak baki : Dail *124#
Beli Data : Dail *108#

Nota :
Anda juga boleh menyemak baki kredit anda dan membeli data menggunakan Aplikasi BeONE Prepaid.

Pelan ULTRA35 adalah pelan paling laris di pasaran, dengan menyediakan data internet pantas tanpa sekatan sehingga 130GB dengan harga serendah RM30.

Pilihan Pakej Terkini.
Untuk mengetahui pakej-pakej pelan terkini yang ditawarkan oleh BeONE, anda boleh terus merujuk ke dalam aplikasi BeONE Prepaid.

TopUP.
Anda boleh membeli topup dan membuat langganan pelan secara terus dengan menggunakan aplikasi BeONE Prepaid, atau anda juga boleh melakukan topup menggunakan aplikasi luar seperti Touch & Go, Shopee, Lazada, Boost, Online Banking dan sebagainya


Sila 'explore' semua butang navigasi yang ada di bahagian bawah Aplikasi BeONE Prepaid anda.

BUTANG NAVIGASI BEONE PREPAID
Butang ini terletak dibahagian bawah aplikasi BeONE Prepaid anda, setiap butang mewakili menu tertentu yang akan memudahkan anda menguruskan talian BeONE anda.

HOME
Bahagian yang memaparkan no.tel anda, baki kredit dan plan yang anda langgan.

REWARDS
Bahagian yang memaparkan ganjaran yang anda perolehi yang diberikan oleh pihak BeONE.

RELOAD
Bahagian untuk anda membuat Tambah-nilai atau membeli validity untuk akaun anda.

ADD-ON
Bahagian melanggan atau menambah pelan yang ditawarkan oleh BeONE.

MORE..
Untuk anda mengemaskini Profail anda, Live Chat Support dan Terma penggunaan BeONE.

1 / 4
Sungai Petani, Kedah.
2 / 4
Kuala Lumpur
3 / 4
Sandakan, Sabah.
4 / 4
Pekan, Pahang.


Nota Tambahan
Semua panduan yang dinyatakan adalah tertakhluk kepada perubahan dan ketetapan terkini dari Syarikat Penyedia Perkhidmatan.



© BeONE Team